Search

Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.....

  • Share this:

Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..

Selepas Asar tadi, seorang lelaki berbangsa Cina dalam berusia 20an telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Pejabat MRM Wangsa Maju.

Sebenarnya dia telah lama menyimpan hasrat untuk memeluk agama Islam sehinggakan ketika Bro Azim memberi penjelasan tentang rukun iman, rukun Islam dan ajaran Islam yang lain, dia menahan air matanya kerana rasa bersyukur. Tambahan pula semasa dia hendak datang ke pejabat kami, keretanya dilanggar dari belakang namun Alhamdulilah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dahulunya dia dituduh hendak memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan gadis Muslim tetapi hari ini dia telah membuktikan tuduhan tersebut hanya sekadar tuduhan liar orang bagi menghalang dia untuk memeluk agama Islam.

Sahabatnya telah menghubungi Bro Firdaus menerusi WhatsApp beberapa hari lepas setelah sekian lama beliau membimbingnya & kami membantunya untuk memeluk Islam. Alhamdulilah.

Welcome back to Islam, Brother…

https://bit.ly/mrmdonation


Tags:

About author
not provided